PROPEL

Gambar kenangan....

[...]

PROPEL.

Program pelapis.

Satu-satunya kem yang takde tentatif program dan juga tak boleh pakai jam tangan.

Dan kem tu baru tamat semalam.

Komen saya, "Adoi, sakit kaki!!!"

[...]

Tak sangka saya boleh tetiba sesak nafas pada hari pertama kem. Tengok gaya sebijik macam orang kena semput.

Lepas tu sakit dada sepanjang kem tersebut. Paling teruk dirasakan pada waktu malam (yalah, malam kat hutan kan sejuk...)

Diulang, keadaan saya sepanjang kem tu memang sebijik macam orang semput.

Nasib baiklah walaupun fasilitator brutal-brutal belaka, tapi mereka prihatin dengan keadaan saya.

Terima kasih banyak-banyak... Dan minta maaflah kalau saya banyak menyusahkan abang-abang dan akak-akak pesi semua.

Balik ni mesti ke klinik. Tanya doktor apa yang tak kena dengan badan saya ni (selama ni tak pernah semput pun...)

[...]

Aktiviti banyak sangat. Dan kena banyak berlari. Masa yang kejar saya masa tu.

Lepas tu, memang banyak kali kena denda. Kem ni la yang banyak kali kena denda. Berendam dalam sungai la, ketuk ketampi la, jalan itik la... Banyak sangat denda sampai tak terucap.

Silap haribulan boleh pengsan dibuatnya. Tak larat dikejar punya pasal.

[...]

Akhirnya kem tersebut berakhir (tak pastilah dengan jayanya atau tak...)

Dapatlah mandi puas-puas, sebab sepanjang kem tersebut mandi kambing je. Yalah, masa yang dia bagi 15 minit je untuk bersiap. Ada yang tak mandi, tu semata-mata nak kejar masa...

Pesi-pesi yang serba garang pun tetiba jadi terlampau friendly la pulak...

Ala, diorang senior kami je la... Pi mai, pi mai, tang tu jugak.

[...]

Tahun depan kami lak yang arrange PROPEL. Dan nampaknya ada di antara kami yang berniat nak buli junior. Yalah, sebab senior torture kami habis-habisan, jadi nak balas dendam la kiranya ni.

Takkan diorang tak nampak apa di sebalik denda-denda semua tu. Dan juga di sebalik LDK-LDK yang dilakukan oleh pihak senior.

Ehee... tapi dengar cerita batch tahun depan dipindahkan ke Bandar Penawar, Johor. Kalau betul cerita tu, tak dapatlah diorang nak torture batch tahun depan...

Wakakahahaha... Tu lah, niat tak betul...

[...]

Apa yg berlaku sepanjang PROPEL...


Kena denda...

Masa ni kena buat 'band suara'... Apa tu? Tengok sendiri...

Korang yang berkenaan jangan marah ye...

Huhu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an