Dot (haru biru)

Saya pening!

Seminggu cuti yang mendamaikan bersama keluarga telah dirosakkan oleh si polan tu.

Pasal dia, apa yang saya study semua tak masuk. Nak buat assigment pun takleh fokus! Fobia kepada telefon saya dah makin teruk disebabkan olehnya.

Siapa punya kerja ntah bagi nombor hp saya kat si polan tu.

Nanti, kalau saya jumpa petualang di sebalik semua ini, saya gulaikan dia. Tak pun kejar dia satu kampus dengan penyapu.

[...]

Ahad. Malam. Minggu lepas.

Tepat jam 10 malam saya dapat panggilan dari orang (lelaki) yang tidak dikenali. Disuruhnya saya 'buka' nombor XPax saya (saya pakai Hotlink masa tu), jadi saya pun buatlah apa dia suruh.

Seketika kemudian saya terima panggilan. Dari nombor yang sama. Dia tanyalah nama saya dan asal mana, dan saya pun beritahulah dia kedua-duanya.

Dan kemudian terpacullah satu ayat yang menakutkan saya. Satu ayat yang mengharu-birukan seluruh malam itu.

"Saya jatuh hati dengan awak."

[...]

Siapa ntah yang main serbu je cakap macam tu. Dahlah saya tak kenal dia pun.

Yang dia beritahu, namanya Khairul Nizam. Asal dari Perak. Dan sering perhatikan saya sepanjang berada di kampus sepanjang dua bulan lepas. Nombor telefon saya diperolehi daripada 'kawan baik' saya. Nama orang tu pula tidak disebut.

Yang saya tak tahan, sejak hari itu, tiap-tiap malam dia telefon. Lepas tu membebel pasal kisah cinta dengan kekasih lama masa zaman sekolah dulu dan pasal kahwin. Bebelannya tu tak habis-habis lagi walaupun dah dekat 2 jam. Lagi buat saya hangin bila dia kata, "Orang perempuan ni takyah belajar tinggi sangat, nanti bila kahwin, anak taknak belajar."

Eleh, baru 20 tahun dah berangan pasal kahwin.

Geli-geliman saya dibuatnya.

[...]

Isnin ni dia nak jumpa. Dan dia beritahu yang hari lahirnya 4hb ni (tak tanya pun...)

Yang buat saya risau, dia nak menyanyi kat kafe tempat kami akan berjumpa. Havoc la satu Unitekma dibuatnya kalau itu berlaku.

Ni kena minta tolong daripada Nini dan Naz. Tengok la diaorang nak tolong ke tak. Tolong teman pun dah kira cukup.

Geh... Harap-harap esok lebih baik daripada hari ini...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an