Catatan

Cerai

Saya terfikir untuk tulis mengenai hal ini apabila pensyarah menyentuh topik ini dulu. Lebih-lebih lagi ramai betul artis dan personaliti TV yang bercerai dengan pasangan hidup diorang (wah, satu perkembangan baik bagi saya yang tak minat nak ambil tahu hal artis...). Rasa pelik pulak sebab masa bercinta (sebelum kahwin) boleh serasi. Ni apahal bila lepas kahwin tak boleh nak serasi pulak? Kalau takde anak boleh terima la jugak. Ni dah ada anak pun boleh bercerai gak. [...] Punca penceraian memang banyak, antaranya seperti kehadiran 'orang ketiga', tiada keserasian, dan tidak bahagia bersama pasangan mereka tu. Semuanya bersandarkan HATI. Tapi entri ni bukan nak fokus kepada hal itu, tetapi pasal kesan yang dihadapi mereka yang terlibat dalam perceraian tersebut, terutamanya si anak. Ada orang mengatakan, 5 tahun pertama pasca perkahwinan adalah untuk mengenal hati budi pasangan kita, 5 tahun kedua pula adalah untuk mencari keserasian antara kita dan pasangan hidup. Jika berjay...

Shootz-ed!

Imej
Komik Shootz! jilid ketiga. Dapatkan di pasaran sekarang! Huhu~~ "Salam. Ain, komik Ain hari tu ada dalam Komik-M ke? Huhuhu. Tahniah!" Bila terbaca mesej yang dihantar Kak Sabihah, senior merangkap ketua usrah saya sewaktu semester 4, saya canggung seketika. Komik? Yang mana satu? Memang saya tak ingat langsung. Jadi saya bertanya menerusi SMS, "Er... Yang mana satu ye, kak? Huhu..." Balasan yang diterima sungguh mengejutkan. "Ain, Zati dan Komik Shootz!" Eh? [...] Disebabkan rasa tidak tenang, saya ambil keputusan untuk ke MPH Bookstores di Jusco Taman Universiti. Setakat ini, selain MyNews, hanya kedai itulah yang paling hampir dengan rumah kalau hendak mendapatkan komik terbitan Komik-M. Angah dan Mirul menemani, kerana di sana juga ada wifi percuma. Angah online di Arena, sementara Mirul mengikut saya ke MPH. Sesampainya di sana, Mirul dengan lajunya melangkah ke arah seksyen komik, sementara saya meneliti novel Rayyan Fantasi, karya terbaru Ramlee Aw...

Eksperimen Entah Apa-Apa (;P)

Imej
Malam. Saja-saja on suis wifi laptop walaupun rumah tak ada internet. Ayah memang sengaja tidak mahu melanggannya, kerana sikap Adik. Pernah sekali Ayah bawa saya dan Adik ke pejabat dan meninggalkan kami di situ buat sementara waktu, dan saya menangkap Adik yang menaip 'Bohsia' di ruangan carian Youtube. Tiba-tiba Laptop mengesan sesuatu. Ada talian internet berhampiran dengan rumah (ada jiran pakai boardband Streamyx) Teringat kata-kata seorang blogger, pelanggan Streamyx biasanya takkan tukar password jalur lebar mereka. Semuanya sama. Malah blogger itu turut memberitahu password bagi Streamyx itu. (Saya takkan beritahu, kalau nak tahu carilah sendiri...) Jadi saya mulakan eksperimen saya. [...] Hipotesis: Pelanggan Streamyx tidak akan tukar password default mereka. Ya. Hana itu adalah jiran saya yang pakai Streamyx. Dialah bahan ujikaji bagi eksperimen ini. Ngee~~~ Isikan password yang blogger tu war-warkan... [...] Hasi...

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an

Budak-budak yang lahir pada tahun 80/90an mesti ingat masa sekolah rendah dulu: · Di sekolah ada salesman jual buku cerita. Hari ni bagi senarai, esok minta duit untuk beli walaupun cerita buku tu dah tahu. Salesman susu pun macam tu juga. · Di perpustakaan, budak-budak memang baca buku, tapi cuma setakat tengok gambar je. Bila ada program Nilam, baru semua sibuk nak pinjam buku. · RMT di sekolah makan tak best, tapi yang berduit pun join RMT. Tak faham... · Pakai kotak pensel yang boleh buka depan belakang, lepas tu ada pengasah pensel di tengah-tengahnya. · Main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. Padahal itulah fungsi sebenar, untuk padam! · Pakai pembaris yang bergerigi, di dalam ada air, lepas tu ada benda berkilat-kilat dalam air tu. Dah jadi macam mainan pulak. · Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ada pemegang di tengah-tengah, tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun di situ. · Bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan. · Masa pendidikan seni, lukis...

Kebisingan

DANG! DANG! DANG! Senyap. KREOK! KREEK! KREOK! KREEEK! Senyap. DANG! DANG! DANG! DANG! Senyap. WEEEEEEEEEENNNNNGGGGGGG!!!!!!!!! Senyap semula. Ikutkan hati mahu saja ditebuk dinding sebelah pejabat ni, nak suruh mereka diam. Bising sangat! [...] Itulah yang berlaku sejak kebelakangan ini. Orang di sebelah firma tempat saya menjalani latihan industri sering buat bising. Kuat pulak tu. Ada masanya sampai bergegar lantai. (-.-") Sekarang ni pun saya pening kepala sebab bising sangat. Dia sedar ke tak ada pejabat sebelah tempat kerjanya tu? [...] "Agak-agaklah, kenapa orang sebelah bising sangat?" soal saya kepada Tera, juga pelajar Latihan Industri dari UiTM. "Diorang MUNGKIN renovate pejabat," jawabnya. "Tapi kenapa bising sangat? Bukan cuma perlu pasang partition sajakah?" soal saya lagi. "Mungkin bosnya banyak duit nak guna dinding betul..." kata Tera lagi sambil angkat bahu. Saya cuma angguk perlahan di tengah-tengah kebisingan itu. [...] ...

Carut-Karut-Marut

Imej
Hoho... Asal usul mencarut... (Kerja siapalah ni...) Ada sesetengah orang bila marah atau melatah mesti terkeluar 'perkataan-yang-tak-patut disebut' atau bahasa lebih mudah, mencarut. Ada pula sesetengah orang yang kalau tak mencarut satu hari tak tenteram hidup. Hmm... tak tahulah siapa manusia pertama di dunia ini yang mengasaskan aktiviti mencarut ni. (Syukur kepada ALLAH saya dilahirkan sebagai orang yang benci mencarut... Huhu) Namun, siapa yang mencarut sebenarnya tanpa disedari mengurangkan nilai maruah dirinya. Lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia ini (lebih-lebih lagi kaum Melayu) pada asalnya memang masyarakat yang bersopan santun. Sememangnya suatu perkara taboo untuk mencarut. Mungkinkah era modenisasi menyebabkan mencarut yang dulunya dipandang serong kini menjadi sesuatu yang biasa, yang mana jikalau tidak mencarut menunjukkan anda seorang yang 'skema', 'nerd' atau apa-apa yang sewaktu dengannya? Hmm... Tak pastilah pula... Namun yang menyebabk...

Ralat Hati

Imej
Ada dua perkara yang meralatkan hati saya bulan ini. Memang tersangat ralat kerana kedua-duanya amat penting sebagai seorang pelajar Diploma (DDQ) di Unitekma (UTM International Campus). [...] 1) KST dah tiada!!! Ya, macam di atas, KST kini dalam kenangan. Sudah tiada... Huu~~~ Kini pelajar Diploma di bawah SPACE. Lebih tepat, 'Program Perdana SPACE'. Berkuat kuasa 10 Jun lepas. Tiba-tiba terasa tua pula... Huhu.... [...] 2) Studio QS A201 dan A206 sudah tiada! Ya. Yang ini memang tak disangka langsung sebab memang dah ada perancangan untuk mer enovate studio. Saya juga pernah lihat pelan renovasi studio semester lepas. Apa dah jadi? Rujuk sini . [...] Ya, dua perkara itulah yang meralatkan hati. Oh ya, juga bila Angah membawa pengecas kamera bersamanya. Kameranya ditinggalkan. Cis!