Boikot!
Sape yang tak tau nak boikot jenama apa, ni list dia, kat bawah ni. [...] Sejak akhir-akhir ni itu la yang kerap dilaung-laungkan oleh pihak Kerajaan, BOIKOT ISRAEL! Tapi, masalahnya ramai juga yang tak tahu nak boikot jenama apa. Yang tau pulak buat-buat tak tau. Cakap je boikot, boikot, tapi kat tangan ada sebotol Coca-Cola. Cuba kita ingat balik masa filem Fitna keluar dulu. Kata je nak boikot barangan Belanda, tapi hangat-hangat tahi ayam. Hampeh! Maaf kalau terasa. Tapi itulah realitinya. Perihal boikot ni memang sesuai kalau nak 'ajar' negara-negara yang angkuh. Yalah, cuba fikirkan balik, kalau boikot ni berjalan dengan lancar dan dengan kerjasama semua pihak, tentu ekonomi import-eksport mereka akan lumpuh. Dan kalau itu berlaku, jadi lemahlah sesebuah negara itu dari segi ekonomi, walaupun bukan 100%. Lagipun kita, orang awam, sebagai pengguna berhak untuk lakukan semua ni. Bukan Malaysia saja nak lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong 'negara'...