Boikot!

Sape yang tak tau nak boikot jenama apa, ni list dia, kat bawah ni.
[...]

Sejak akhir-akhir ni itu la yang kerap dilaung-laungkan oleh pihak Kerajaan, BOIKOT ISRAEL! Tapi, masalahnya ramai juga yang tak tahu nak boikot jenama apa. Yang tau pulak buat-buat tak tau. Cakap je boikot, boikot, tapi kat tangan ada sebotol Coca-Cola.

Cuba kita ingat balik masa filem Fitna keluar dulu. Kata je nak boikot barangan Belanda, tapi hangat-hangat tahi ayam. Hampeh!

Maaf kalau terasa. Tapi itulah realitinya.

Perihal boikot ni memang sesuai kalau nak 'ajar' negara-negara yang angkuh. Yalah, cuba fikirkan balik, kalau boikot ni berjalan dengan lancar dan dengan kerjasama semua pihak, tentu ekonomi import-eksport mereka akan lumpuh. Dan kalau itu berlaku, jadi lemahlah sesebuah negara itu dari segi ekonomi, walaupun bukan 100%.

Lagipun kita, orang awam, sebagai pengguna berhak untuk lakukan semua ni. Bukan Malaysia saja nak lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong 'negara' Israel, banyak lagi. Sebagai tindak balas bagi mengecam tindak-tanduk tentera Zionis yang kejam tu. Dan juga Amerika Syarikat yang menyokong tindakan mereka tu.

Jadi bagi yang tak tau nak boikot jenama yang mana, harap list kat atas tadi membantu. Nak lebih info klik sini. Info dalam webpage ni dalam bahasa Inggeris, untuk makluman.

Satu lagi hal, jangan lak buat membabi-buta. Sampai benda yang kita dah terbeli tu dibuang sebelum diguna. Dah membazir pula. Guna je kalau dah terbeli, lain kali kalau nak pergi kedai, jangan beli jenama tu lagi.

Marilah kita sama-sama memboikot Israel!

Jangan risau. Tak ada orang mati kalau ikut boikot ni pun...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an