PRK MPP Unitekma...
Marilah mari pergi mengundi...
Tunaikanlah kewajipan pada negara...
Eh silap. Dalam kes ni, pada universiti.
Jangan pelik bila baca entri ni, sebab semalam adalah hari Pilihan Raya Kampus (PRK) MPP Unitekma. KSS dah kecoh sepanjang tempoh berkempen yang bermula sejak 8hb lepas. Inilah masanya nak tengok dengan mata kepala sendiri 'repelika' pilihan raya yang sebenar.
Tapi bila diperhatikan, PRK ni taklah telus mana pun. Pihak HEP, ahli ProM (Pro-Mahasiswa) dan RevoM (Revolusi Mahasiswa @ Pro-Aspirasi) masing-masing kepoh nak mati. Macam ayam.
Kadang-kadang tu pelajar yang takde kena-mengena pun diheret sama. Geh...
Sepanjang tempoh berkempen, pelajar-pelajar di Unitekma seolah-olah berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan menyokong ProM, satu lagi sokong RevoM. Yang kumpulan ketiga pulak tak tau nak sokong mana.
Macam kat hostel KSS ni, Nini dan Mila sokong ProM yang serba oren penyokongnya, Lea dan Wawa sokong RevoM yang warnanya pulak hitam. Ada juga yang tak tau nak sokong yang mana satu. Saya? Angkat tangan dan berkata, "Saya mengamalkan sikap berkecuali!!!"
Kedengaran agak bodoh, kan?
Yalah, saya sokong orang berdasarkan personaliti, bukannya berdasarkan kedudukannya di bawah ProM atau RevoM. Kalau orang tu berkarisma dan berkelayakan, saya undi je. Lantaklah dia di pihak yang mana pun. Habis cerita.
Sekurang-kurangnya saya tak terikat pada mana-mana pihak. Tak perlu serba salah kalau nak undi pihak lawan (Eh, dia pun kata, undilah orang yang terbaik antara mereka, undilah calon yang boleh membawa perubahan dan yang ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Dia tak suruh kita undi pihak yang diwakilinya pun...)
Lagipun rimas la tiap-tiap pagi ada je leaflet dan brosur terselit bawah pintu. Kalau hari ni dapat brosur ProM, esok dapat RevoM punya pulak. Harap-harap lepas ni saya tak lagi diganggu brosur-brosur dengan ayat-ayat yang saling menjatuhkan antara ProM dan RevoM (sekurang-kurangnya sampai tahun depan...)
Ada tu sampai bagi kalendar dan gula-gula. Heheh... Dan ada jugalah yang datang dari bilik ke bilik, memperkenalkan diri sebagai calon MPP tahun ni. Gatal kepala dibuatnya...
Dan yang paling tension, stapler saya rosak (dengar macam takde kena-mengena, tapi sebelum itu, ada orang pinjam stapler saya untuk tampal poster calon PRK di sekeliling kampus Unitekma malam-malam buta. Sebelum itu, stapler tu elok je, sekarang takleh pakai langsung. Spring tercabut!)
Semua yang berlaku ni mempunyai potensi untuk orang lain melihat PRK sebagai miniature Pilihan Raya sebenar . Dengan kutuk-mengutuk, ungkit-mengungkit, dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
Maaf, saya bukannya prejudis dengan semua ni. Diskriminasi adalah.
[...]
Tahniah kepada mereka yang menang PRK. Dengar cerita RevoM menang, walaupun bukan menang besar. Mereka menang 3 kerusi, manakala ProM menang 2 kerusi. Jumlah kerusi dipertandingkan semuanya 3 + 2 = 5.
Sekurang-kurangnya mereka ni memang berkelayakan. Dan bukan 'mahasiswa tauge'.
Semoga keharu-biruan di Unitekma ini dapat dikurangkan secepatnya... Dan juga dapat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil pelajar dengan sebaiknya. Itukan apa yang anda semua janjikan kepada kami yang mengundi sebelum ini?

Ulasan