Pasal pensyarah (sem 1) DDQ... Di Unitekma...

Ni dah masuk tahun baru dan semester baru. Dan kelas saya pun baru seminggu start (tapi lecturer pun belum masuk mengajar lagi... Ngeh...). Rasa rindu je nak ulang semester lepas. Bukan sebab pointer tak berapa baik, tapi sebab rasa seronok je sepanjang semester lepas... Heh...

Ni nak cerita sikit pasal lecturer yang pernah mengajar semester lepas (sesi 200820091). Ala, tak salahkan... Rasanya bukannya ada orang yang hingin nak baca pun. Buat kenang-kenangan je.

[...]

Okey, kita mulakan dengan ketua Pensyarah QSBINA, Pn. Zubaidah yang saya panggil Pn. Zu @ Mama Zu. Sem lepas dia ajar Matematik Binaan (Mat Bin) dengan Lukisan Binaan (Luk Bin). Dia ni bolehlah kita anggap macam mak kita sendiri. Lagipun dia juga felo bagi KSS, hostel tempat saya menginap (Pak Ngah saya panggil tempat tu 'sudut jin bertendang'... Waaaa... Taulah hostel tu terpencil, janganlah kutuk...)

Nak cerita pun apalah sangat, tapi setakat ni okey la cara dia mengajar. At least saya yang memang bersifat 'anti-math' ni minat la sikit-sikit dengan subjek Mat Bin. Ala, lebih kurang macam matematik tambahan yang kita belajar masa SPM dulu (yang pastinya sepanjang bersekolah menengah, subjek tu lah yang saya tak pernah lulus... Yang peliknya masa SPM boleh lak lulus... Hehehehe...)

Tapi seperkara yang tak boleh lupa, suaminya tu suka benar berkaraoke. Masa jamuan raya semester lepas (yang menyebabkan kami terpaksa ponteng ceramah Hubungan Etnik yang kebetulan diadakan pada hari yang sama... Nasib baik En Latif dah diberitahu pasal ni...) suami Pn. Zu la yang paling kerap berkaraoke. Balik-balik muka dia je... Suara pun bukannya sedap pun... (unsur mengutuk... jangan marah ye...) Tapi apa-apapun itu cuma hiburan. Nama pun karaoke, jadi dari suara yang sedap ala-ala Siti Nurhaliza hinggalah suara yang macam katak panggil hujan, dialu-alukan berkaraoke. Siapa peduli pun...

[...]

Masuk pula En Yusmady @ En Yus. Dia pun lecturer tetap bagi QSBINA, cuma sem 2 dia tak mengajar. Dia ajar Asas IT dengan Komunikasi (Kom). Dia ni suka sangat bercerita. Memang seronok la kelas dia. Kalau kelas dia takde gelak ketawa tak sah.

Kalau difikir-fikir balik, kedua-dua subjek tu takde Final Exam. Memang la ada gelak-gelak sikit.

Ada la kenangan-kenangan yang takleh lupa sepanjang dia mengajar sem lepas. Tapi kita cerita masa bulan puasa la.

Cerita 1:
Almaklumlah bulan puasa, jadi muka masing-masing pun toya la... Tu belum masuk lapar lagi. Entah berapa ramai yang tak sahur pagi tu (saya sahur tau...). Jadi dalam kelas, atmosfera tiada mood agak menguasai keadaan... Huhu.

Beberapa minit kemudian En Yus masuk. Keadaan atmosfera di kalangan pelajar masih agak sama. Toya. Takde mood. Tapi kehadiran En Yus telah menaikkan sedikit semangat para pelajar. Em... Sikit je la.

Macam biasa dia bertanyakan keadaan kami pagi itu. Dan kami yang dengan nada yang agak 'biasa' pun menjawabnya. Menunggu cerita yang bakal terkeluar dari mulutnya tu. Untuk menaikkan semangat nak belajar la katakan...

Dan dia pun mula bercerita. Muka masing-masing pun berubah. Kenapa?

Mana taknya, dia pergi cerita pasal masa dia berbuka pada semalamnya, tentang makanan yang dihidang dan yang utama sekali, kambing golek.

Takde komen bagi saya. Tak taula orang lain.

Cerita 2:
Lebih kurang dua minggu sebelum hari raya. Maklumlah kami ni macam budak-budak sikit, nak duit raya. Dan En Yus pun ada menyatakan perihal itu dalam kelasnya.

Habis kelasnya hari itu, masing-masing bersemangat. En Yus berjanji nak bagi duit raya. Bukan sahaja kepada kami pelajar tahun satu, malah seluruh pelajar yang bernaung di bawah QSBINA diberinya duit raya.

Tapi peliknya senior buat muka sepuluh sen je bila dengar pasal ni, sebelum tersenyum sumbing.

Seminggu berlalu, En Yus tak lupa janjinya untuk beri duit raya. Tapi...

Dia bagi RM500 bagi setiap pelajar!!! Percaya tak?

Betul... Dia bagi RM500. Tapi versi fotostat la... Siap ada alamat rumahnya lagi di bawah 'duit raya' yang dia bagi tu.

Padan la senior buat senyum sumbing.

Hehe...

[...]

Aha... Ni lagi sorang ni. Namanya En Saiful Azri. Panggil En Saiful lah, apa lagi. Tapi ada beberapa orang yang panggil dia 'Abang Epul' (umurnya pun kurang daripada 30 tahun, rasanyalah). Dia mengajar subjek Teknologi Binaan (Tek Bin), subjek yang banyak hafal gambar rajah. Dan seperkara lagi, dia ni PA (Penasihat Akademik) bagi batch kami ni.

Em... Okey gak cara dia mengajar. Dia mengajar agak 'lengkap', kalau menerangkan sampai ke akar umbi. Detail. Dijamin tak ada dalam nota yang dia bagi. Jadi kena catat la. Kena pulak apa yang dia lakar tu jugak yang keluar dalam test dan final exam. Jadi berusahalah ingat apa yang dia lukis. Kalau orang yang suka mencatat tu memang beruntung la...

Lagi satu, dia ni memang layan je dengan soalan yang kami beri. Em... Saya taulah sebab saya adalah spesis homo sapiens yang selalu tanya soalan yang ada kalanya membelok-belok. Dan satu lagi homo sapiens yang seangkatan dengan saya ialah Hafiy. Sebab rasanya sepanjang sem lepas, kami berdua je la yang 'menyimpang' kalau tanya soalan.

Nak contoh? Kalau dari susunan bata untuk dinding pun boleh menyimpang ke arah kes rumah terbakar, rasanya dah menyimpang, kan.

Kena pulak si Hafiy ni pelajar favourite dia (agaknyalah). Kenapa? Sebab group dia yang selalu dipuji setiap kali buat project work. Sampai group lain naik jealous, ye la, balik-balik group dia juga yang kena puji.

Tapi ada satu perkara yang buat saya hairan. Sebab menurut sumber yang saya dapat sebelum saya masuk Unitekma lagi, dia cuti belajar. Habis, bukan ke dia PA kami?

Ke Unitekma tak update database dia? Hmm...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip dan blackout 2

Anis ke PIS

Alkisah Budak-Budak Sekolah Zaman 80/90an