Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Boikot!

Imej
Sape yang tak tau nak boikot jenama apa, ni list dia, kat bawah ni. [...] Sejak akhir-akhir ni itu la yang kerap dilaung-laungkan oleh pihak Kerajaan, BOIKOT ISRAEL! Tapi, masalahnya ramai juga yang tak tahu nak boikot jenama apa. Yang tau pulak buat-buat tak tau. Cakap je boikot, boikot, tapi kat tangan ada sebotol Coca-Cola. Cuba kita ingat balik masa filem Fitna keluar dulu. Kata je nak boikot barangan Belanda, tapi hangat-hangat tahi ayam. Hampeh! Maaf kalau terasa. Tapi itulah realitinya. Perihal boikot ni memang sesuai kalau nak 'ajar' negara-negara yang angkuh. Yalah, cuba fikirkan balik, kalau boikot ni berjalan dengan lancar dan dengan kerjasama semua pihak, tentu ekonomi import-eksport mereka akan lumpuh. Dan kalau itu berlaku, jadi lemahlah sesebuah negara itu dari segi ekonomi, walaupun bukan 100%. Lagipun kita, orang awam, sebagai pengguna berhak untuk lakukan semua ni. Bukan Malaysia saja nak lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong 'negara'

PRK MPP Unitekma...

Marilah mari pergi mengundi... Tunaikanlah kewajipan pada negara... Eh silap. Dalam kes ni, pada universiti. Jangan pelik bila baca entri ni, sebab semalam adalah hari Pilihan Raya Kampus (PRK) MPP Unitekma. KSS dah kecoh sepanjang tempoh berkempen yang bermula sejak 8hb lepas. Inilah masanya nak tengok dengan mata kepala sendiri 'repelika' pilihan raya yang sebenar. Tapi bila diperhatikan, PRK ni taklah telus mana pun. Pihak HEP, ahli ProM (Pro-Mahasiswa) dan RevoM (Revolusi Mahasiswa @ Pro-Aspirasi) masing-masing kepoh nak mati. Macam ayam. Kadang-kadang tu pelajar yang takde kena-mengena pun diheret sama. Geh... Sepanjang tempoh berkempen, pelajar-pelajar di Unitekma seolah-olah berpecah kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan menyokong ProM, satu lagi sokong RevoM. Yang kumpulan ketiga pulak tak tau nak sokong mana. Macam kat hostel KSS ni, Nini dan Mila sokong ProM yang serba oren penyokongnya, Lea dan Wawa sokong RevoM yang warnanya pulak hitam. Ada juga yang tak tau nak soko

Laskar Pelangi

Imej
mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya laskar pelangi takkan terikat waktu bebaskan mimpimu di angkasa warnai bintang di jiwa menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita laskar pelangi takkan terikat waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya selamanya laskar pelangi takkan terikat waktu Laskar Pelangi - Nidji

Trip dan blackout

Em... Sudah dekat 2 minggu sejak masuk hostel KSS ni. Dan ada perkara yang dah berubah. Tapi, macam biasa, sikit je la. Naz dilantik jadi ketua blok dan Nini jadi AJK biro R&D. Dan mereka berdua masih roommate saya... Hehehe... Laptop saya sering dihurung manusia setiap kali malam menjelma. Dihurung kerana banyak (banyak ke?) game . Jadi main game untuk menghilangkan boring . Padah juga ada game ni. Antivirus pun ditukar daripada Sophos kepada Symantec. Dan bila scan laptop sungguh banyak virus bermaharajalela dalam laptop . Huhu... Dan yang paling utama sekali, selalu benar berlaku blackout di hostel. Masuk kali ini dah 12 kali trip . Minggu ni la paling kerap trip . Dan saya pun tengah menaip dalam keadaan blackout (masa weblog ni ditulis) sampai naik boring dah asyik trip je. Apa pun tak boleh buat. Kak Dijah pun merungut, "Kejap mati kejap hidup. Macam Ultraman." Haha... Sokong Kak Dijah. Hari ini je dah dekat 8 kali trip . Boleh lak tak sampai seminit lepas

Angan-angan... Ngeh...

Saya ada impian. Disimpan dan dipendam dalam hati sejak tadika lagi. Sejak saya tau makna 'angan'. Dari angan boleh jadi impian. Dari impian boleh jadi cita-cita. Bila dah ada cita-cita tentulah kita berusaha mati-matian untuk pastikan ia menjadi nyata. Saya bercita-cita nak jadi saintis. Bukan saintis sembarangan, tapi saintis medik! Nak kesan punca penyakit, nak cari penawar. Biar tak glamour asal dapat tolong orang. Pastu jadi saintis Malaysia (dan mungkin orang Melayu) pertama Yang dapat Hadiah Nobel. Kemudian jadi kartunis sambilan. Ye, kerja yang takdelah glamour mana pun. Dapat inspirasi daripada Ujang dan Dato' Lat. Kemudian hantar Umi dan Ayah gi tunaikan Haji. Pastu hantar diri sendiri sekali... Hehehe... Eh, kita nak buat ibadat la, bukan nak melancong. Lepas tu bila meninggal dunia, Semua harta disumbangkan ke rumah anak yatim. Atau Baitulmal. Atau mana-mana badan kebajikan. Kemudian (ni kejam sikit... Hehehehe...) Beli bom atom dan gugurkan atas Israel. Biar

Fobia

Semua orang ada fobia masing-masing. Ada yang fobia dengan ketinggian, ada yang fobia dengan darah, dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Saya pun ada fobia. Eih, ni apasal cakap pasal fobia ni? Em, saje je nak cerita. Tak salah kan... Saya ada fobia dengan tiga benda: telefon, jarum intravenous dan kawasan tanah perkuburan bila masuk antara waktu isyak hingga subuh keesokan harinya. Fobia dengan telefon? Memang satu fobia yang aneh. Ye la mana ada orang yang fobia benda alah yang dikira agak penting zaman sekarang ni. Tapi, jujur saya katakan, kalau saya disuruh menelefon orang yang bukan ahli keluarga saya, saya rasa seram sejuk. Tapak tangan asyik berpeluh je. Kalau kat rumah, setiap kali telefon di ruang tamu rumah berdering, saya akan menyorok di dalam bilik, tak nak angkat punya pasal. Em... Kalau hp kes lain la. Tapi dulu, sebelum masuk IPT (Unitekma), kalau ada orang telefon, saya liat sangat nak angkat. Kalau nombor yang saya tak tau dari mana asal-usulnya lagilah saya tak angk

Angau...

[1] Tolong!!! Saya diserang penyakit!!! Sakit angau... (untuk kali ketiga dalam hidup saya) Nampak dia je rasa berdebar-debar (macam orang tu makan orang!) Tapi kalau tak nampak dia rasa macam hari tu tak lengkap lak. Huh...Gatal kepala memikirkannya. Sampai masuk mimpi tu... Orang kata kalau sudah masuk mimpi, maknanya.... Er... Siapa pernah tonton filem Lady Boss? Kalau angau dengan rakan seangkatan tu takpelah gak. Masalahnya saya angau dengan lecturer ! Orang tu En Saiful la... Kalau ada orang tau ni, naya! Mesti satu kontroversi baru melanda seluruh Unitekma. Maunya kena menjawab dengan ramai orang (weh, ramai orang kat sini kaki gosip deh)... Dan bila itu berlaku, Terpaksalah saya berhibernasi, Di sudut paling sepi dan terpencil di PSZ. Em... Harap-harap takde orang dari QSBINA Unitekma yang baca entri ni. Ataupun si empunya diri. Malu weh.... Lagipun dengar cerita dia ada blog... Kalaulah saya tak ikut trip ke Terengganu tu, agaknya tak jadi macam ni ke? [2] Huhu... Sedihnya ra

Pasal pensyarah (sem 1) DDQ... Di Unitekma...

Ni dah masuk tahun baru dan semester baru. Dan kelas saya pun baru seminggu start (tapi lecturer pun belum masuk mengajar lagi... Ngeh...). Rasa rindu je nak ulang semester lepas. Bukan sebab pointer tak berapa baik, tapi sebab rasa seronok je sepanjang semester lepas... Heh... Ni nak cerita sikit pasal lecturer yang pernah mengajar semester lepas (sesi 200820091). Ala, tak salahkan... Rasanya bukannya ada orang yang hingin nak baca pun. Buat kenang-kenangan je. [...] Okey, kita mulakan dengan ketua Pensyarah QSBINA, Pn. Zubaidah yang saya panggil Pn. Zu @ Mama Zu. Sem lepas dia ajar Matematik Binaan (Mat Bin) dengan Lukisan Binaan (Luk Bin). Dia ni bolehlah kita anggap macam mak kita sendiri. Lagipun dia juga felo bagi KSS, hostel tempat saya menginap (Pak Ngah saya panggil tempat tu 'sudut jin bertendang'... Waaaa... Taulah hostel tu terpencil, janganlah kutuk...) Nak cerita pun apalah sangat, tapi setakat ni okey la cara dia mengajar. At least saya yang memang bersifat